Sunday, October 23, 2011

My Secret Lover/Secretly Couple



Ini bukan kali pertama kami lakukannya tetapi aku masih terasa jantungku berdegup pantas, pipiku merah padam, dan suaraku seolah-olah tersekat di tekakku setiap kali melihat wajahnya. “Apakah yang oppa..err Jun Ho  rasa dengan debut album kelima ini?”. Begitulah gemuruhnya aku, mujurlah tidak ada orang yang perasan walaupun ia sering berlaku.
Aku Park Beo Rim, seorang wartawan di salah sebuah syarikat majalah hiburan terkenal. Umur aku 22 tahun, umur yang sesuai untuk bercinta. Aku mempunyai seorang teman lelaki, dia..., “Beo Rim, kau selalu buat macam tu, nasib baik diorang ‘tak pernah’ perasan yang kita bercinta.”....ialah Choi Jun Ho. Jun Ho seorang penyanyi popular dan lelaki terhebat abad ini, dia dua tahun lebih tua daripada aku. Dia ialah sunbae aku sewaktu di universiti, kami dalam jurusan yang sama. Hubungan cinta kami terpaksa dirahsiakan kerana itu adalah syarat syarikat rakaman dia ‘TIDAK DIBENARKAN MEMPUNYAI KEKASIH DARI KALANGAN WARTAWAN’ dan juga peraturan syarikat aku ‘TIDAK DIBENARKAN MEMPUNYAI KEKASIH DARI KALANGAN ARTIS’, macam dirancangkan tapi ia adalah kebetulan. “Beo Rim, nanti pihak pengurusan akan buat program percintaan antara artis dan aku salah seorang dari artis tu.” kata  Jun Ho semasa di kedai aiskrim. “Oh, siapa artis lain!?” tanya aku sambil menyudu aiskrim yang berada di hadapanku ke dalam mulutku. Sebenar aku tidak terkejut kerana sememangnya aku telah di beritahu oleh pengarah syarikatku tentang program ini tapi aku betul-betul mengharap dia tidak menyertainya. “Banyak tapi diorang aturkan aku dengan Geum Hye Jin, ahli kumpulan Ti-Girls tu.” Aku hampir tersedak mendengarnya. “Apa Geum Hye Jin? Hye Jin anak presiden GSY Entertainment?” tanya aku pada  Jun Ho. “Yup. Kenapa?” ujarnya sambil tersenyum. “Tak. Cuma terkejut saje.” jawabku “Dia classmate saya waktu di menengah tinggi dulu. Waktu tu dia memang popular, semua pelajar lelaki minat kat dia” sambungku lagi. “Oh, macam cam tu.” kami pun berlalu dari situ. “Oppa, macam mana kalau diorang tau kita bercinta?” tanyaku ketika kami berjalan di sebuah taman. “Siapa? Pihak rakaman? Diorang takkan tau.” balasnya. Tentu korang semua pelik macam mana kami keluar berdua, kan? Kami terpaksa menyamar sebagai pasangan yang ‘nerd
dan semestinya banyak mata yang memandang, ada juga yang ketawa dan berbisik sesama sendiri. Ketika kami berjalan tiba-tiba kaki aku tersepak batu dan hampir terjatuh tapi Jun Ho sempat menarik tanganku namun speck yang dipakai oleh Jun Ho terjatuh. Mereka yang berada di sekeliling kami berbisik-bisik “Eh, tu bukan Jun Ho ke? Sape perempuan kat sebelah dia tu, hah?” kata salah seorang peminat Jun Ho yang jalan di situ. Mereka mula menunjuk-nunjuk dan menyerbu ke arah kami. Aku ditolak ke tepi, semua peminat Jun Ho mengerumuninya. Aku tak tahu apa yang akan Jun Ho katakan dan apa yang harus aku lakukan, adakah Jun Ho akan mengaku atau teruskan menyimpan rahsia ini. “Oppa, boleh ambil gambar dengan oppa, tak?” tanya salah seorang peminat  Jun Ho. Jun Ho memakai semula cermin matanya lalu berkata, “Saya bukan Jun Ho, saya Jin Young. Siapa Jun Ho?” Aku amat terkejut dengan apa yang Jun Ho lakukan. “Eh, silap orang la.. Haha.. Mianhae oppa, unnie sebab ganggu.” mereka berlalu dari situ. Semasa mereka jalan menintasi aku, aku terdengar salah seorang dari mereka berkata, “Dari jauh muka dia nak macam Jun Ho oppa, tapi rupanya budak ‘nerd’. Kelakar giler muka dia. Dia punya girlfriend pun tak cantik, sesuai sangat diorang tu.”  sambil ketawa mereka terus berlalu. Aku sedikit terasa dengan apa yang mereka katakan kerana walaupun kami menyamar sebagai budak ‘nerd’ tapi aku tidak memakai sebarang mekap  atau speck, jadi kalau difikirkan jika masa itu aku dengan ‘Jun Ho’ mesti diorang akan kutuk aku lagi hebat dan ketara sangat yang aku tak sesuai dengan Jun Ho. Aku tersedar dari lamunan ketika Jun Ho menarik tangannya ke sebuah kerusi di bawah pokok. “Nasib baik diorang percaya, kalau tak, tak tau la ape akan jadi.” kata Jun Ho sambil tersenyum, senyumannya mampu membuat seluruh dunia bercahaya, jadi tidak hairanlah jika dia digelar ‘Smiling Charming’. Melihat senyuman itu aku lupa buat seketika tentang masalah yang kami hadapi. Aku dapat rasakan pipi aku ditarik, “Senyumlah sikit, aku rindu sangat nak tengok kau senyum. Sejak debut hari tu kita dah lama tak jumpa,” mendengar katanya aku melemparkan senyuman hambar. “Kau okay, ke ni?” tanya Jun Ho melihat aku seperti tidak bersemangat, “Kau terasa dengan apa yang diorang kata tadi ke?” Aku menoleh ke arah Jun Ho aku tidak sangka dia mendengar apa yang mereka katakan. “Saya rasa kita memang tak sepadan. Sebab, macam yang diorang cakap saya ni tak cantik dan untuk bersama oppa, saya rasa lagi la tak sesuai dan...” belum sempat aku menghabiskan ucapanku Jun Ho sudah menutup mulutku, “Jangan cakap macam tu. Beo Rim adalah satu-satunya orang yang oppa sayang. Jadi jangan pedulikan apa yang diorang cakap, sebab nak dibanding dengan diorang kau lagi cantik dan kalau nak dibanding dengan artis-artis yang aku pernah jumpa sekalipun tetap kau lagi cantik.” kata Jun Ho membuatkan aku terharu.